DON'T READ

Friday, July 23, 2010

kekosongan hati

mungkin orang lain ingat aku bahagia,aku untung,aku bertuah.tapi apa gunanya tuah kalau hati tidak rela?apa gunanya bahagia kalau jauh dari si dia?orang lain mungkin tak faham,mungkin faham.lihat aku tak bererti faham aku.dan faham aku tak semestinya jadi aku.

terlalu banyak dugaan dan cabaran sekarang.ya,aku perantau,seorang pengembara.kepada siapa harus aku mengadu nasib?orang yang diharapkan tidak selalu berada di sisiku.mungkin aku bersifat keanak-anakan,tapi itulah aku.ada masalah,sila pergi mampus.

semalam ada senior cakap,perempuan jangan duduk seorang diri.nanti menarik perhatian kaum adam.huh,dia xfaham aku.dia xpernah jadi aku.dan dia xkan jadi aku.apa salah duduk sorang sorang hah?aku suka duduk sorang.senang nak buat kerja,xpayah susah susah tunggu satu kampung baru boleh gerak.dan ada aku kisah kalau aku menarik perhatian orang pon?selama nie aku hidup sendiri kan?aku tak nak susahkan orang lain.tapi hati manusia tak boleh menipu,tak boleh menolak fitrah dunia.kadang kadang aku sunyi,hatiku meronta ronta inginkan teman.tapi aku sombong,aku takkan mencari teman jika hanya untuk sementara waktu.aku sudah punya teman teman,walau jauh tapi aku tetap sayang diorang.dan mungkin seperti kata chia wei,aku rasa seperti mereka di sisi kalau aku duduk sorang sorang.tapi dia juga cakap,merindui itu sangat pedih.dah pedihnya tak terhingga.pedihnya menusuk jantungku.pedihnya menikam nikam hatiku.betapa aku rindu zaman aku bersama teman teman dan sentiasa gembira.

semalam ada juga rakan kelasku cakap,kenapa nampak sedih.mungkin dia perasan bahawa senyumku itu senyum hambar.memang,aku masih tak mampu untuk senyum.memang,aku sedih.kenapa?kerana aku rindu pada teman temanku.sekarang aku hanya mampu mencuba untuk menjadi kuat..kita takkan tahu betapa kuatnya kita melainkan menjadi kuat hanyalah pilihan kita.

hidupku dah berubah.memang berubah.tapi aku takkan sesekali berubah.

No comments:

Post a Comment