DON'T READ

Tuesday, December 21, 2010

boleh aku luah kan?

kata kata tak dapat mengungkapkan perasaan seseorang. benar. aku ingin luahkan apa yang ku rasa, namun tak dapat ku luahkan dengan kata kata.

ada rasa gembira di hati, tapi kenapa air mata yang mengalir? ada rasa sedih di jiwa, namun kenapa amarah yang terhambur?dan bila diri terasa bengang, kenapa lidah menjadi kelu?

ya, memang lar aku tak sabar nak balik kampung, cuti cuti buang tekanan. tapi boleh tak kalau aku nak balik rumah balik? tak perlu balik kolej? dalam dada rasa sesak bila pikir pasal bilik kecil yang dikongsi 3 orang tu. otak rasa beku bila pikir pasal 6 matapelajaran yang memeningkan tu. tapi tak dinafikan, bibir menguntum senyum bila pikir pasal kawan kawan dari serata negeri yang dah lama tak kutemu tu.

tapi, macam mana dengan jantung hatiku? ketika inilah aku ingin hentikan masa. hentikan segalanya untuk aku dan dia. aneh, dalam drama semua nya mudah. tapi bila berlaku padaku, tak semudah 123. ada yang cakap berjauhan itu indah. entah. bila kita biasa dengan orang itu berhampiran kita, berjauhan itu menyeksakan, bukan? bukan kali pertama atau kali kedua kita perlu berjauhan, tapi setiap kali harus berpisah, setiap kali itu jiwaku meronta ronta. setiap kali itu air jernih jatuh di pipi. tapi kenapa kali ini terasa lebih berat daripada biasa?

"apa yang tidak membunuh kita akan membuat kita lebih kuat". sampai sekarang, aku masih tak faham ayat nie. adakah aku lebih kuat sekarang? adakah dengan berjauhan, membuatkan ku lebih kuat? adakah setiap titik air mataku itu menunjukkan kekuatanku?hah?

maaf terkasar dengan anda. sesungguhnya emosi tidak stabil.

sangat2 sedih bila mengenangkan apa yang akan dihadapi. apa yang perlu aku korbankan. tapi aku sedia maklum, aku mampu lakukan nya. aku bukan wanita lemah :)

inilah akibat bila hati dan cinta telah dicuri orang ;)

ah.hati dah rasa lega. memang sedih. tapi kalau cinta kita kuat, tak ada apa yang perlu dirisaukan, kan? kalau ada jodoh, bukit dikejar tak kan lari. tapi, sedangkan pantai lagi berubah, apatah pula hati manusia? pantai berubah kerana ombak. jika tiada ombak, pantai takkan berubah. moga tiada ombak yang hadir antara kami berdua.


the other part of me is him :)
hey, my love is for u. period.

sampai sini dulu luahan hatiku. mungkin lain hari, mungkin lain perasaan.
terima kasih sudi dijadikan tempat untuk ku menulis ;)



No comments:

Post a Comment