hari jumaat; aku balik dan terus ke rumah pantai. buat bbq sampai malam dan tidur.
hari sabtu; bangun lewat dan balik rumah. petang tengok cerita hindustan. malam demam.
hari ahad; masih demam sampai malam. tak buat apa-apa sepanjang hari.
hari isnin; pagi study dan tidur. petang ke kbmall, rumah aa dan tutti frutti.
hari selasa; pagi library dan petang tesco.
hari rabu; pagi mengurut dan petang renew license.
hari khamis; pagi kenduri dan petang keluar cari dress. malam tulis blog.
see, tak sempat aku nak buat apa-apa kan? masa berjalan sangat cepat.study tak sempat pon, dan kalau banyak masa pon aku masih malas.
aku tak tau nak buat macam mana, tak pernah ada mood nak study. study kejap2 dah bosan, mengantuk, hilang fokus dan sebagainya.
lagi satu masalah aku, aku sibuk cari baju untuk dinner bulan 5 nie. kalau tak cari sekarang nanti tak sempat, then takkan aku nak pakai baju kurung kut?
aku search internet ada yang berkenan, tapi oversea punya lar. memang tak mampu lar.
then online blogshop pon okay, tapi tunjuk kat mummy tadi dia kata tak lawa pulak. aish.
ada aku pergi kedai tu aku rasa lawa tau, tapi tengok2 salesgirl tu dah pakai. memang cilakak jugak lar aku rasa kan, patut macam tak nak jual pon. damn.
waktu waktu cuti macam nie lar sesuai untuk mengungkit kembali kisah silam, bila masing-masing di sini. dan kisah silam mencari aku, bukan sebaliknya.
aku pon dah tak tahu nak cakap macam mana, memang aku dah tak nak. aku memang rasa tak ada faedah dan manfaat diteruskan, tapi bila kesunyian, peluang dicari, kesempatan diambil.akhirnya hati terluka.
tak, aku dah tahu peraturan permainan ini, ibarat aku mempunyai tiga nyawa, satu telah hilang dan tinggal dua lagi. ibarat musim cuti aku telah mempertaruhkan nyawa kedua, dan aku sendiri tidak pasti adakah nyawa itu telah hilang atau masih ada.
tapi yang paling penting, permainan ini melibatkan lebih dari dua pemain, dan aku, aku yang harus memastikan nyawa-nyawa semua pemain masih ada.
kenapa? kenapa aku?
kerana aku pernah hilang satu nyawa itu, dan aku rasa tidak perlu untuk pemain lain turut merasai perasaan itu.
tapi kenapa aku masih bermain permainan ini? kenapa?
kerana aku bosan. kerana aku suka mengambil kesempatan. kerana aku tidak berniat untuk menggunakan nyawa itu, tidak. aku hanya mahu bermain. bermain ketika cuti. bermain untuk kesekian kali.
kerana pemain utama sudah menarik diri. permainan sudah tamat.
sehingga pusingan seterusnya dibuka. dan pusingan seterusnya entah bila akan dibuka. atau mungkin tidak akan dibuka lagi.
lebih baik jika tidak dibuka lagi. kerana kisah silam patut kekal sebagai kisah silam.
"if it doesn't work out for the first time, what makes you think it will for the second time?"
until then, toodles!
love,
ndia :)
p/s: i might hurt you a lot, but believe me, you hurt lots of other people,including me,hard.
No comments:
Post a Comment